Friday 24 April 2020

Apa itu Kolej Vokasional ?

A.salam semua, sepanjang PKP ni rajin pula aku nak menaip. Aku nak cerita sikit pasal kolej vokasional ni. KV ni sebenarnya salah satu sistem yang diwujudkan oleh kerajaan untuk mereka yang cenderung kepada bidang kemahiran. Kursus Diploma yang ditawarkan adalah Diploma Teknologi & bukan Diploma Kejuruteraan seperti di Politeknik / UA.

Pelajar yang memasuki KV bermula pada umur 16 tahun iaitu selepas PT3/PMR. Pelajar KV tidak mengambil SPM seperti pelajar sekolah biasa tapi sebaliknya menggunakan SVM bagi menggantikan SPM.

Sebab banyak silibus pelajaran adalah amali berbanding teori (70/30). So kalau nak score 4.0/3.5 senang lah sebab banyak carrymark & kena rajin siapkan assignment hantar on-time. Subjek asas seperti Sains, Matematik, English & Pendidikan islam masih dipelajari pada peringkat asas dan tidak mendalam dan susah seperti SPM di sekolah harian biasa. Subjek seperti BM & Sejarah merupakan subjek lulus untuk ke peringkat Diploma. 2 subjek ini diambil pada peringkat pra-Diploma (tahun1,2)

Masa pelajaran adalah dari 8 pagi - 5 petang yang bersesuaian dengan tempoh bekerja (office hour). Pakaian adalah baju koperat oren pada hari isnin (formal), dan Baju melayu putih dan samping KV untuk hari jumaat bagi pelajar Tahun 1,2. Bagi pelajar Tahun 3,4 Baju Koperat yang direka sendiri oleh Batch masing-masing dan Baju melayu/kurung bebas.

Sebelum nak masuk KV ada interview yang akan dijalankan oleh tenaga pengajar itu sendiri. Perkara yang ditanya biasanya adalah pengetahuan am, serta minat yang mendalam bagi kursus yang dipilih.
So sebelum di temuduga lebih baiklah baca sikit-sikit pasal KV ni.

Asrama biasanya disediakan sehingga tahun 4. Kalau tiada kesalahan disiplin kita boleh terus menetap kat asrama. Makanan di DM dewan makan adalah sebanyak 4 kali sehari.

BTW Aku bekas Pelajar Kolej Vokasional Sepang, sekarang ni aku sambung belajar di Universiti Malaysia Pahang  Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan)